Friday, March 26, 2010

Keindahan Dunia

Hari ini aku berzikir.. Alunannya biasa-biasa.. Selepas solat maghrib.. di hadapan komputerku.. Di pejabatku..

Aku sedang dalam usaha menyiapkan submission ke projek SFDP-A.. Ada beberapa dokumen dan drawing AFC..

Aku terus berzikir dan berzikir.. Sehinggalah aku hanyut di dalamnya.. Lailaha illallah.. Berterusan.. Hingga aku terasa hiba.. Dengan tiba-tiba.. Ya, aku telah silap.. Dan aku mula sayu.. Mataku mula bergenang dengan air.. Aku dapat rasakan.. Aku dapat terus menghayati.. Keasyikan zikir itu..

Kepincangan.. Tekanan di kepalaku mulai reda bersulamkan ketenangan tadi.. Sehingga akhirnya aku teresak2.. Di hadapan komputer aku.. Sedang bosku dibelakang.. Dan ada kawan2 sepejabat yang lain.. Tapi diorang xkan sedar.. Aku bukan meraung.. Aku cuma menangis yang tidak kedengaran..

Kebelakangan ini, aku amat mudah menangis.. Menghayati zikir.. Kebesaran Allah.. Aku dengan segera menitiskan air mata.. Tapi jiwa aku tenang.. Sangat mendamaikan.. Dan tidak ada yang lebih aku takut waktu itu melainkan siksa neraka Allah..

Semua ini menjadikan aku sesuatu yang baru.. Aku tidak hirau keindahan dunia.. Aku harap ini berkekalan..

Telah banyak kali akal aku ini menunjukkan yang aku takkan puas dengan kehendak diri.. Kehendak pada kebendaan.. Dan akhirnya aku mengerti.. Mengenal hakikat kehidupan.. Andai dapatku tuliskan bagaimana rasanya.. Bagaimana mengetahui hakikat kehidupan.. Dan kemanisan keimanan itu..

Mahu sahaja aku menginginkan, setiap insan di dunia ini taat pada Allah.. Tapi apakan daya.. Aku tak berdaya..

Namun akan aku tetap berdoa.. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka.. Dan aku juga.. Kerana mereka tidak memahami.. Dan aku? Aku amat bersyukur.. Kerana aku dipilih Tuhan..

Kerana itu aku akan terus menangis.. Untuk ketenangan ini.. Dan betapa aku tidak layak duduk di dunia ini..

Ya Allah, hinanya aku..

Adakah potensi aku untuk bersamamu Ya Allah? Siapalah aku.. Celakanya aku yang selalu melupakanmu.. Dan kemudian kembali padamu bila dalam kesusahan..

Celakalah aku..

Ampunkan aku.....

Keindahan dunia adalah sementara..

Dan aku pun tidak mengharap syurgamu.. Cuma aku terasa diri ini hina andai tidak dapat redhamu Allah.. Andai tidak dapat membuktikan yang aku ini adalah hamba yang taat..

Dan air mata ini bergenang lagi........

No comments:

Post a Comment