Tuesday, March 30, 2010

Kejayaan..

Syurga? Penting ke..

Entahla.. Ya Allah.. Sapelah aku.. Untuk merasa nikmat lagi.. Aku sekarang ini cuma berfikir2.. Apa lagi usaha yang perlu aku buat Ya Allah.. Untuk membuktikan yang aku ini hambamu yang taat..

Aku ingin dekat sentiasa padamu Ya Allah.. Aku sangat rasa bersalah.. Kiranya sesaat pun melupakanmu..

Di manakah kejayaan itu Ya Allah.. Untuk berada di sisimu selalu.. Berilah aku peluang.. Aku berharap sangat..

Ya Allah.. Dengarkanlah kata hati ini.. Ingin sahaja aku tinggalkan dunia ini.. Tapi apakan daya.. Belum masanya lagi.. Emmm.. Aku rindu.. Untuk bersamamu..

Jangan biar aku leka dengan permainan dunia ini.. Jangan Ya Allah.. Jangan sekali..

Aku ini banyak berdosa..

BAgaimana aku nak kurangkan dosa Ya Allah? Bagaimana? Sedangkan ilmuku sendiri tidak cukup.. Hanya Engkau yang lebih berhak menentukan dosa pahalaku..

Aku takut Ya Allah andainya Engkau tidak meredhakan aku.. Aku telah mencuba sedaya upayaku.. Dan esok aku akan cuba lebih lagi Ya Allah.. Untuk mentaatimu.. Sungguh hina andainya aku disini, tidak mentaatimu..

Kekalkanku dalam keimanan ini Ya Allah..

Kekalkan kejayaan itu sebagai matlamat aku..

Andai kau campakkan aku ke dalam api nerakamu, apalah daya diri ini Tuhanku.. Engkau Maha Adil..

Bukan amalku yang menjauhkan aku dari api nerakamu.. Tetapi Rahmat dan Kasih sayangmu Ya Allah..

Aku tidak layak.. Untuk bersenang2 sahaja dengan nikmat ini.. Hinanya aku..........

Friday, March 26, 2010

Keindahan Dunia

Hari ini aku berzikir.. Alunannya biasa-biasa.. Selepas solat maghrib.. di hadapan komputerku.. Di pejabatku..

Aku sedang dalam usaha menyiapkan submission ke projek SFDP-A.. Ada beberapa dokumen dan drawing AFC..

Aku terus berzikir dan berzikir.. Sehinggalah aku hanyut di dalamnya.. Lailaha illallah.. Berterusan.. Hingga aku terasa hiba.. Dengan tiba-tiba.. Ya, aku telah silap.. Dan aku mula sayu.. Mataku mula bergenang dengan air.. Aku dapat rasakan.. Aku dapat terus menghayati.. Keasyikan zikir itu..

Kepincangan.. Tekanan di kepalaku mulai reda bersulamkan ketenangan tadi.. Sehingga akhirnya aku teresak2.. Di hadapan komputer aku.. Sedang bosku dibelakang.. Dan ada kawan2 sepejabat yang lain.. Tapi diorang xkan sedar.. Aku bukan meraung.. Aku cuma menangis yang tidak kedengaran..

Kebelakangan ini, aku amat mudah menangis.. Menghayati zikir.. Kebesaran Allah.. Aku dengan segera menitiskan air mata.. Tapi jiwa aku tenang.. Sangat mendamaikan.. Dan tidak ada yang lebih aku takut waktu itu melainkan siksa neraka Allah..

Semua ini menjadikan aku sesuatu yang baru.. Aku tidak hirau keindahan dunia.. Aku harap ini berkekalan..

Telah banyak kali akal aku ini menunjukkan yang aku takkan puas dengan kehendak diri.. Kehendak pada kebendaan.. Dan akhirnya aku mengerti.. Mengenal hakikat kehidupan.. Andai dapatku tuliskan bagaimana rasanya.. Bagaimana mengetahui hakikat kehidupan.. Dan kemanisan keimanan itu..

Mahu sahaja aku menginginkan, setiap insan di dunia ini taat pada Allah.. Tapi apakan daya.. Aku tak berdaya..

Namun akan aku tetap berdoa.. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka.. Dan aku juga.. Kerana mereka tidak memahami.. Dan aku? Aku amat bersyukur.. Kerana aku dipilih Tuhan..

Kerana itu aku akan terus menangis.. Untuk ketenangan ini.. Dan betapa aku tidak layak duduk di dunia ini..

Ya Allah, hinanya aku..

Adakah potensi aku untuk bersamamu Ya Allah? Siapalah aku.. Celakanya aku yang selalu melupakanmu.. Dan kemudian kembali padamu bila dalam kesusahan..

Celakalah aku..

Ampunkan aku.....

Keindahan dunia adalah sementara..

Dan aku pun tidak mengharap syurgamu.. Cuma aku terasa diri ini hina andai tidak dapat redhamu Allah.. Andai tidak dapat membuktikan yang aku ini adalah hamba yang taat..

Dan air mata ini bergenang lagi........