Sunday, September 27, 2009

Esok Keje

27.09.09
Ahad
2153

Alamak.. Esok nak keje.. Oh.. Malasnye nak naip ni.. Malas tu kan x baik? So kene rajin2.. Rajin naip blog ni pun bukan ade ape ye x..

Ape tujuan aku naip ni? Sbb tu rase malas kot... Lagipun aku ade banyak keje nak dibuat.. Tadi aku gi bace artikel2 keagamaan.. Em,,

Ade gak pengajaran.. antarenye, manusia ni banyak yang menganggap diri lagi pandai dari Tuhan.. Contohnye macam akulah ni yang suke mempertikaikan banyak perkare.. Just semate2 untuk elak dari rase kurang bersalah bile buat bende2 x elok..

Aku fikir punye fikir tapi x dapat jawapan.. Banyak gak bende yang aku nak tau tapi xkan jumpe jawapannye.. Contohnye bile aku nak carik keputusan yang paling tepat.. Memangla, keputusan tu aku yang kene wat.. sbb tu aku stress, takut2 lau keputusan yang dibuat salah.. Maknenye berulang kali aku wat keputusan yang salah.. Lagi dan lagi..

Aku mule menyedari satu hal tentang diri aku.. Aku selidik punye selidik.. Memang masalah utame aku ielah aku xde ingatan yang baik.. Setiap ape yang aku rase hadir bersame ingatan.. Contohnye bile aku ingat tentang kesedapan makanan yang tertentu, aku pasti rase ingin makanan tersebut dikunyah2 dalam mulut.. Tetapi bile hilang jek ingatan2 tu, keinginan pun hilang.. Aku lau mengingat kembali tentang ilmu2 yang bercerite tentang siksenye nerake, barulah sikit ade rase takut.. Tapi die msti datang sekali dengan ingatan yang mane aku pernah rase takut..

Ape ni.. Makin pening.. Xdelah.. Aku x pening aku masih terus menjalankan penyelidikan untuk diri ini..

Make, aku kene sentiase ingat Tuhan, lau aku nak disiplinkan diri, buat yang diperintah, jaauhi yang dilarang.. Sbb, lau hati aku x nmpak Tuhan, aku memang dengan selamber, wat ape yang aku nak.. Oh teroknye..

Ok, sekarang, aku kene carik formule.. Jeng jeng.. Zikir2.. Zikir2.. Erm.. Memang betol, tapi kadang2 perhiasan dunie dan segale serbe serbi kat dunie termasuklah insan2 yang lain wat aku lupe pulak untuk zikir.. Tengoklah betape lemahnye aku.. Now, start from now..

Ia bukan tentang mencari salah sesiape.. Aku mengandaikan ape yang aku tulis ni sebagai medium kekal kerane memang aku xkan ingat semuenye tentang ape yang aku fikirkan.. Sebab tu, aku banyak mengubah care aku memahami sesuatu, sekaligus mengubah diri aku.. Ya Allah. ini antare kelemahan yang aku memang x dapat nak tolak?? Xkan Kau nak humban aku dalam api nerake gak.. Adoii... Ermm.. Tengokla.. Tengok cmne, Die jek yang lebih tau..

KAdang2 bile time aku wat dose pon, aku berkate2 ngan Tuhan.. Bukan aku x ingat pade Die, cume bile time aku wat tu, aku kirenye memang aku tau yang aku derhake, xnak ikut ape yang Die suruh.. Sebab pe? Mungkin sebab aku kenal Die, tapi aku x takut ngan Die.. Samelah cam iblis.. X gitu.. Tapi aku xnak jadik cam Iblis.. Konpem kene sekse.. Aku kene hadirkan gak rase takut.. Aku rase, iblis tu pon x pernah nampak Allah.. Entahla.. Setakat ilmu yang aku adela.. Bercakap?? X tau,, X tau.. Sbb mustahillah iblis boleh tengok Allah.. Memang xde pon makhluk yang leh nmpk Allah, dengan mate..

So, iblis tu memang beriman dengan Allah, tapi die ungkal.. So, lau aku just percaye, tapi ungkal, samelah macam Iblis.. Nak x nak, aku wat jela.. Wat jek pape yang patut, berdasarkan ilmu yang aku ade.. Aku mane la ade kemampuan nak belajo tinggi2 ni.. Aku pon ade kehidupan aku..

Ini aku copy paste dari web lain..

IBLIS CEMBURUI NABI ADAM

Nabi Adam diciptakan Allah di dalam syurga. Di situ Nabi Adam tinggal bersama pasangannya, Hawa. Iblis yang memang membangkang akan kehadiran Adam di syurga menyimpan dendam kesumat yang tidak sudah-sudah untuk menghancurkan kehidupan Nabi Adam. Dia tidak reda mengganggu sehinggalah Adam tersingkir dari Syurga.

Iblis menunggu-nunggu peluang untuk merosak dan menyesatkan Nabi Adam dan Hawa. Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Iblis tahu bahawa dia sukar untuk mempengaruhi Nabi Adam. Oleh itu jalan terbaik ialah dengan mempengaruhi Hawa supaya mengikut pujukannya. Jika perangkap ini berhasil, iblis percaya Hawa akan pula mempengaruhi Adam dan akhirnya Adam akan terperangkap. Setelah memasang strategi, Iblis tanpa berlengah lagi memulakan perancangannya. Sambil duduk berhampiran pokok khuldi, Iblis pura-pura menangis teresak-esak. Hawa tidak sedar tipu muslihat iblis. Melihat keadaan yang terharu itu, Hawa menjadi kesihan lalu menghampiri Iblis sambil bertanyakan gerangan apa yang ditangisinya. Sang Iblis mula memasang perangkap dengan mengatakan dia menangis kerana bersimpati dengan Adam dan Hawa yang dilarang dari memakan buah khuldi. Katanya jika Adam dan Hawa memakan buah khuldi itu, mereka akan terus kekal di syurga. Tambahan pula rasa buah khuldi itu amat lazat. Mendengar kata-kata 'nasihat' itu, Hawa menjadi ragu-ragu dan akhirnya percaya apa yang didengarnya. Apabila berjumpa Nabi Adam, Hawa dengan gaya memujuk mula merayu agar memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah. Walaupun pada mulanya Nabi Adam takut untuk melanggar larangan Allah, namun setelah berkali-kali dipujuk dengan kata-kata yang lunak, akhirnya mengalah. Mereka berdua menghampiri pokok khuldi dan Hawa terus memetik buah itu lantas memakannya. Perbuatannya diikuti oleh Nabi Adam. Sebaik saja mereka memakan buah khuldi, pakaian syurganya mula tanggal. Allah mencela perbuatan mereka. Barulah ketika itu, Nabi Adam sedar akan ketelanjurannya melanggar perintah Allah. Mereka berdua menyesal dan bertaubat tidak akan melanggar lagi perintah Allah. Permohonan Nabi Adam diterima Allah namun harapannya untuk terus tinggal di syurga hancur. Allah memerintahkan mereka berdua turun dari syurga yang penuh dengan segala kenikmatan ke bumi yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan. Bermula dari detik inilah, maka wujudnya generasi Adam hinggalah ke hari ini. Kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita dihidupkan di dunia buat sementara waktu untuk diuji siapa di antara kita yang baik amalannya. Sekiranya kita lulus ujian ini, kita akan dikembalikan semula ke syurga. Sebaliknya jika gagal mematuhi perintah Allah, kita akan dicampakkan ke dalam neraka yang penuh dengan azab. Sebagai penutup, sama-samalah kita muhasabah diri kita sejauh manakah kita menjalani liku-liku hidup ini. Adakah kita berjaya di dalam ujian ini atau sebaliknya? Tidak ada daya dan kuasa mematuhi perintahNya kecuali dengan pertolongan Allah. Sama-samalah kita bermohon semoga kita sentiasa di dalam pemeliharaanNya. Amin.. Moral Dan Iktibar Manusia termasuk diri kita adalah dari keturunan Nabi Adam. Kita adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikan Allah sehingga dicemburui oleh Iblis Iblis adalah musuh kita yang nyata. Dia tidak akan leka walau seminit untuk menyesatkan kaum manusia sebagaimana dia telah menyesatkan datuk dan nenek kita dahulu. Iblis telah berjanji sejak azali lagi untuk memesongkan manusia dari aqidah sebenar yang dibawa oleh agama Islam. Sifat dendam, hasad dan dengki adalah sifat syaitan yang sepatutnya kita jauhi Syaitan mempunyai strategi yang amat halus untuk mengalahkan manusia. Mereka tidak ada kerja lain kecuali memasang perangkap yang sangat sesuai dengan diri dan nafsu kita. Oleh sebab kita yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia dan kehidupannya terlupa akan musuh yang siap sedia memerhati kelemahan kita supaya dapat ditipunya. Manusia harus siap-siaga melawan pengaruh dan tipu-helah syaitan kerana dia nampak kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kebiasaannya orang yang nampak musuhnya amat senang mengalahkannya tetapi kita yang tidak dapat melihatnya memang sukar menepis pukulannya. Sungguhpun begitu kita mempunyai senjata yang amat berkesan iaitu mengingati dan menyerah diri kepada Allah yang menjadikan kita dan juga dia. Perempuan adalah dari golongan lemah yang mudah ditawan oleh syaitan. Semasa Nabi Muhammad saw mikraj ke langit, Allah memperlihatkan ramai penghuni neraka adalah dari kaum perempuan. Berjaga-jaga dengan kaum perempuan kerana mereka mempunyai potensi untuk merosakkan kehidupan kaum lelaki. Kaum lelaki yang menjadi ketua kaum wanita mesti menjaga mereka sebaiknya supaya mereka tidak menjadi perosak masyarakat dan kemanusiaan amnya. Tempat asal manusia ialah syurga. Oleh itu perlulah kita berusaha supaya dapat kembali ke tanah asal kita di sana. Peristiwa yang dialami oleh Adam dan Hawa sebenarnya adalah satu sebab yang Allah jadikan supaya generasi manusia berkembang dan membiak di muka bumi ini. Tujuannya tidak lain hanya untuk menjalani satu hukuman dan melihat sejauh manakah kita menginsafi diri dalam menjalani proses pengabdian kepada Allah. Pujukan manis dari sesiapa saja sepatutnya jangan diterima dengan senang hati kerana kemungkinan ada udang di sebalik batu. Kemungkinan sekali orang yang merosakkan diri kita ialah terdiri daripada mereka yang hampir dengan diri kita iaitu isteri dan anak-anak. Manusia mudah lupa kepada musuhnya iaitu iblis tapi iblis dan syaitan tidak pernah melupai kita. Sekiranya kita sesat di hujung jalan, kita masih berpeluang untuk balik ke pangkal jalan. Selagi nyawa belum sampai di khalqum, kita masih boleh bertaubat. Insyallah taubat kita akan diterima Allah jika benar-benar kita insaf dan tidak mahu mengulangi kesalahan tersebut.

Setelah merenung2 kisah yang ringkas ni, oh.. Em,, sudah dapat jawapannye.. Memang kelemahan aku, aku selalu lupe, and setan menggunekan kelemahan tu untuk kacau aku.. Kan bagus lau aku leh nampak setan yang nak gode aku tu.. Shiollla... Memang susah gile hidup kat dunie ni.. Tengokla, Nabi Adam sendirik pon kalah ngan Hawa.. Owang pempuan mmg bahaye.. Bahaye sangat2.. Aku yang kene kuat seh.. Maknenye aku kene berhati2..

No comments:

Post a Comment